News & Articles CITIC Construction bawa pelabur tinjau projek di Malaysia
CITIC Construction bawa pelabur tinjau projek di Malaysia
1 Nov 2024
KUALA LUMPUR: Kumpulan pembinaan global, CITIC Construction Co Ltd melalui anak syarikatnya, CITIC Construction (Malaysia) Sdn Bhd baru-baru ini menganjurkan siri program bertema 'Memperkenalkan CITIC' (Expose CITIC).
Siri program menjemput pelabur hartanah dari luar negeri, pakar-pakar pembinaan dan wakil media untuk memperkenalkan penggunaan teknologi pembinaan yang baharu, mesra alam sekitar, jimat tenaga dan sistem ciri-ciri jaminan kualiti dan keselamatan supaya dapat memperkenalkan projek CITIC di Malaysia.
Program itu juga menunjukan komitmen CITIC dalam bidang pembangunan teknologi, mesra alam sekitar dan cara pembinaan yang paling selamat.
CITIC Construction merupakan anak syarikat milik penuh CITIC Group, salah satu konglomerat terbesar di China.
Syarikat ini berusaha untuk menyediakan penyelesaian holistik yang meliputi seluruh kitaran hayat projek, daripada kajian kemungkinan, pembiayaan, pembinaan sehingga operasi.
Keupayaannya dalam menggabungkan kepakaran teknikal dan perkhidmatan kewangan telah memantapkan kedudukannya di pasaran global.
CITIC Construction secara konsisten menduduki senarai 250 kontraktor kejuruteraan terkemuka di dunia oleh ENR.
Sejak CITIC Construction menceburi pasaran Malaysia pada 2017, ia telah bekerjasama dengan Sunsuria Group.
Kerjasama antara kedua-dua pihak telah berkembang pesat.
CITIC Construction bukan hanya terbabit dalam bidang pembinaan perumahan dan juga projek rakyat yang berasas teknologi pembinaan tercanggih demi membantu menggalakkan perkembangan ekonomi dan kemajuan masyarakat setempat.
Mengenai Projek Ibu Pejabat Sunsuria di Shah Alam, dari segi inovasi, CITIC Construction menggunakan teknologi pembinaan hijau, yang mempercepatkan proses pembinaan serta mengurangkan kesan alam sekitar.
Projek Empangan Tawau di Sabah merupakan lagi satu komitmen syarikat itu dalam tanggungjawab sosial korporat (CSR) .
Bangsar Hill Park projek kediaman mewah paling berprestasi di Bangsar, Kuala Lumpur pula menekankan aspek kelestarian alam sekitar.
Penggunaan bahan binaan mesra alam telah membantu projek ini memperoleh pensijilan perak GreenRE.
Kerjasama antara CITIC Construction dan syarikat Malaysia jelas menunjukkan keupayaannya dalam membawa inovasi dan kepakaran teknikal ke peringkat antarabangsa.
Kerjasama sedemikian bukan sahaja dapat mencipta satu situasi yang memanfaatkan kedua-dua pihak, bahkan merupakan satu tanda kajayaan yang harus dibanggakan bersama demi kerjasama yang lebih kukuh pada masa hadapan.