News & Articles Projek 'Senai' Selangor Dredging di Puchong tawar gaya hidup lestari tepi tasik

Projek 'Senai' Selangor Dredging di Puchong tawar gaya hidup lestari tepi tasik


4 Nov 2024
Projek 'Senai' Selangor Dredging di Puchong tawar gaya hidup lestari tepi tasik
PUCHONG: Projek pembangunan perumahan terbaharu oleh Selangor Dredging Bhd (SDB), iaitu 'Senai' yang terletak di kawasan pesat membangun Taman Putra Perdana, Puchong, menerima sambutan hangat daripada pembeli hartanah yang berpotensi.

Menurut Pengurus Kanan Sumber Manusia SDB, Siti Rahmah Zainol Abidin, sejak pratonton awal projek tersebut yang dimulakan awal bulan ini, minat terhadap pembangunan ini terus meningkat.

"Projek Senai oleh SDB melambangkan masa depan gaya hidup butik, dengan penekanan terhadap inovasi dan kelestarian yang direka khas untuk meningkatkan gaya hidup penghuni," katanya dalam satu kenyataan media.

Projek Senai menawarkan rumah teres strata tiga tingkat dengan keluasan antara 1,900 hingga 3,600 kaki persegi. Kediaman tepi tasik ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada ruang yang luas dan selesa, malah turut menekankan elemen kelestarian melalui reka bentuk yang menyokong kecekapan tenaga serta persekitaran hijau yang damai.

"Kami komited untuk membina kediaman yang berkualiti dan tahan lama, sambil menyesuaikan reka bentuk dengan aspirasi hidup lestari bagi para pembeli rumah kami. Senai menawarkan suasana yang menggalakkan kesejahteraan dan keterhubungan, sesuai untuk keluarga pelbagai generasi," tambah Siti.

Projek ini dibina di sekitar tasik semula jadi, menjadikannya sebuah kediaman tenang dan harmoni dengan alam. Keberadaan Senai di Taman Putra Perdana memberi akses mudah kepada kemudahan penting di Puchong, sambil menawarkan suasana nyaman yang jauh dari kesibukan kota. Lokasi strategik yang berdekatan Kuala Lumpur dan dihubungkan dengan lebuh raya utama juga menjadikannya pilihan ideal bagi golongan profesional muda, keluarga dan warga emas yang mencari keseimbangan antara keselesaan urban dan ketenangan hidup.

Pratonton projek yang diadakan di bilik pameran Senai menyaksikan kehadiran ramai pembeli dan pelabur yang berminat.

"Sambutan sangat positif, dengan ramai pengunjung menunjukkan minat tinggi dan ada yang membuat tempahan segera," kata Siti. Sambutan awal ini dikatakan mencerminkan kejayaan projek-projek SDB yang lalu.

Senai kini dibuka untuk pendaftaran awal dan unit-unit yang dikeluarkan pada peringkat awal mendapat sambutan memberangsangkan.

Antara rekod kejayaan lain oleh SDB termasuk projek '19Trees' di Taman Melawati yang kini terjual 95 peratus dan projek 'Jia' di Serdang yang mencapai penjualan penuh. Kedua-dua projek ini dijangka siap pada akhir 2025.

Di Singapura pula, pembangunan SDB terkini seperti 'Myra' di Potong Pasir dan 'One Draycott' berhampiran Orchard Road turut mencatatkan jualan penuh.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Mah Sing buys Johor land from S P Setia for RM157mil

  • Pasaran rumah stabil sepanjang 2024

  • Sunway Property unveils Serene Villas project

  • MVV City bandar pintar di Seremban, GDV diunjur cecah RM15 bilion

  • New assessment rate for Ipoh to be announced on Dec 26 : Mayor