News & Articles Alfa Bangsar dinobat projek pembangunan mesra alam terbaik Malaysia

Alfa Bangsar dinobat projek pembangunan mesra alam terbaik Malaysia


6 Nov 2024
Alfa Bangsar dinobat projek pembangunan mesra alam terbaik Malaysia
KUALA LUMPUR: Alfa Bangsar, pembangunan bercampur oleh City Motors Group dianugerahkan sebagai Pembangunan Mesra Alam Terbaik pada Anugerah Hartanah Asia 2024 Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif City Motors Group, Terence Chia berkata, anugerah itu bagi meraikan kecemerlangan dalam bidang hartanah, dengan Alfa Bangsar muncul sebagai bintang kerana komitmennya terhadap kelestarian dan penyelesaian gaya hidup moden.

Beliau berkata, Alfa Bangsar mewakili visi masa depan kumpulan, menggabungkan kemewahan dengan kehidupan mesra alam.

"Kumpulan teruja atas penganugerahan itu yang sangat bermakna kepada langkah ke hadapan.

"Anugerah itu adalah bukti komitmen kami untuk mencipta pembangunan yang inovatif dan berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan penduduk bandar masa kini," katanya dalam satu kenyataan.

Alfa Bangsar mengintegrasikan apartmen servis mewah, ruang komersial dan sebuah Hotel Holiday Inn empat bintang ke dalam hartanah hak milik penuh yang mentakrifkan semula kehidupan bandar.

Direka dengan pemikiran untuk penduduk yang peka alam, projek itu menonjolkan kelestarian sambil menawarkan kemudahan dan manfaat gaya hidup yang tiada tandingan.

Sorotan utama ciri-ciri pemenang anugerah Alfa Bangsar termasuk lokasi utama & aksesibiliti, kelestarian di teras, sistem parkir multi-rak yang inovatif, amalan pembinaan yang berkelanjutan dan keseimbangan kerja-kehidupan yang fleksibel.

Sebagai tambahan kepada kemenangan luar biasa itu, Alfa Bangsar juga telah layak untuk menyertai Anugerah Hartanah Asia Grand Final 2024 di Bangkok pada Disember ini, di mana ia akan bersaing dalam kategori Pembangunan Kondominium Mesra Alam Terbaik (Asia), membawa pendekatan kelestariannya ke pentas serantau.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Mah Sing buys Johor land from S P Setia for RM157mil

  • Pasaran rumah stabil sepanjang 2024

  • Sunway Property unveils Serene Villas project

  • MVV City bandar pintar di Seremban, GDV diunjur cecah RM15 bilion

  • New assessment rate for Ipoh to be announced on Dec 26 : Mayor