News & Articles Projek Sunway Bayu catat jualan RM42 juta dalam masa sehari

Projek Sunway Bayu catat jualan RM42 juta dalam masa sehari


18 Nov 2024
Projek Sunway Bayu catat jualan RM42 juta dalam masa sehari
IPOH: Sunway Property mencapai jualan RM42 juta pada acara prapelancaran Sunway Bayu, siri rumah terakhir dalam perbandaran Sunway City Ipoh yang sedang mengalami perkembangan pesat .

Menarik lebih 100 keluarga yang hadir, acara itu memperoleh jualan dalam satu hari, mencerminkan permintaan tinggi untuk rumah teres fleksibel yang unik dalam perbandaran bersepadu.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Property wilayah Tengah dan Utara, Chong Sau Min, berkata kejayaan itu dikaitkan dengan lokasi strategik Sunway Bayu dalam pelan induk perbandaran yang memenangi anugerah dan reka bentuknya yang inovatif serta berfikiran ke hadapan.

"Sambutan memberangsangkan untuk Sunway Bayu semasa acara prapelancaran menyerlahkan bukan sahaja permintaan untuk rumah inovatif dalam komuniti dinamik dan mampan yang menawarkan kemudahan gaya hidup yang meluas, tetapi juga keyakinan pembeli terhadap jenama Sunway.

"Kami yakin Sunway Bayu bersedia untuk meneruskan kejayaan dengan jualan RM42 juta diperolehi walaupun pada peringkat prapelancaran. Sebagai projek kediaman terakhir di kawasan Sunway City Ipoh seluas 1,350 ekar, pemilik rumah dan pelabur Sunway Bayu berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan pertumbuhan perbandaran itu," katanya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan rancangan pembesaran Sunway City Ipoh, Sau Min berkata, dengan sasaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM6 bilion, Sunway Property akan memanfaatkan model perniagaan binaan sendiri-kendali unik untuk mengembangkan Sunway City Ipoh dengan pelaburan tambahan RM4 bilion.

"Pendekatan ini sejajar dengan peranan kami sebagai Pembangun Komuniti Induk dan pelabur bersama, komited untuk kekal bersama komuniti dan memenuhi janji jenama kami 'Bersama Anda Untuk Generasi'," katanya.

Pelaburan baharu termasuk pembangunan pemangkin seperti Pusat Perubatan Sunway Ipoh akan datang, yang dijangka mula beroperasi pada 2025; Sunway Ipoh Mall seluas sejuta kaki persegi, pusat membeli-belah terbesar di Perak dijangka siap pada 2027; dan kampus masa hadapan Sunway Ecucation.

Penambahan ini, bersama dengan tarikan sedia ada seperti The Banjaran Hotsprings Retreat dan The Lost World of Tambun, meningkatkan lagi daya tarikan Sunway Bayu dan kedudukan perbandaran sebagai destinasi bersepadu yang terulung.

Dibina mengikut piawaian SDDA (Sunway Design & Development Architecture) proprietari Sunway Property, Sunway Bayu terdiri daripada 168 unit eksklusif rumah teres fleksibel di atas tanah seluas 9.41 ekar, yang menekankan Kelestarian, Inovasi, Kesihatan & Kesejahteraan, dan Gaya Hidup & Pengalaman Baharu.

Terletak di atas bukit batu kapur Ipoh yang berusia 260 juta tahun, Sunway Bayu menawarkan persekitaran tempat tinggal yang tersendiri dan berinspirasikan alam semula jadi.

Dengan pensijilan GreenRE, Sunway Bayu menggabungkan ciri mesra alam seperti cat VOC rendah, sistem cekap air dan orientasi bangunan Utara-Selatan untuk kawalan haba pasif.

Ciri penjimatan tenaga termasuk pendingin hawa bertaraf lima bintang, pemanas air suria dan pencahayaan penderia di kawasan umum, menyediakan kehidupan yang kos efektif dan mesra alam.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Sunsuria buys 20% stake in Kg Sungai Baru developer for RM10 mil, to inject RM40 mil to kick-start development

  • Projek Sunway Bayu catat jualan RM42 juta dalam masa sehari

  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline