News & Articles S P Setia lancar fasa baharu Ambrosia II, harga bermula RM1.75 juta

S P Setia lancar fasa baharu Ambrosia II, harga bermula RM1.75 juta


20 Nov 2024
S P Setia lancar fasa baharu Ambrosia II, harga bermula RM1.75 juta
KUALA LUMPUR: S P Setia Bhd melancarkan fasa terbaharu, Ambrosia II di Setia Bayuemas, Klang dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM69.39 juta.

Dengan fasad moden dan anggun, Ambrosia II merangkumi sejumlah 38 unit berkembar dua tingkat dengan binaan seluas 2,891 kaki persegi.

Dijangka siap menjelang November 2026, unit-unit tersebut akan dijual pada harga daripada lingkungan RM1.75 juta kepada RM2.077 juta.

Pengurus Besar Bahagian Setia, Razly Mohammad Rus, berkata berikutan kejayaan fasa terdahulu di Setia Bayuemas, pihaknya percaya pelancaran Ambrosia II akan diterima baik dalam kalangan pemilik-penduduk dan pelabur.

Beliau berkata, unit Ambrosia II yang mempunyai ruang luas yang akan menarik minat keluarga berpendapatan sederhana hingga atas dan juga keluarga yang berbilang generasi.

"Ambrosia II terletak berhampiran dengan pelbagai kemudahan dan institusi pendidikan. Selain keluarga, kami juga menyasarkan golongan profesional muda dan pemilik perniagaan yang menghargai prestij dan lokasi yang berdekatan dengan kawasan perniagaan atau zon perindustrian Klang," katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Ambrosia II juga dijangka memperoleh peningkatan nilai yang baik.

Berdasarkan pelancaran sebelum ini, Setia Bayuemas sentiasa mencatatkan tahap penjualan yang konsisten, terutamanya di kalangan populasi Klang dan kawasan tadahan berdekatan.

SP Setia yakin Ambrosia II akan turut memperoleh hasil seumpamanya.

Salah satu ciri-ciri unik Ambrosia II adalah keluasan tanah 50'x70' nya yang dirancang dengan teliti, dengan pemisahan ruang yang jelas.

Unit itu akan mempunyai siling yang mewah setinggi 11 kaki, dan bilik mandi dengan jubin yang penuh.

Unit Ambrosia II juga akan mempunyai ruang tamu terbuka, luas dan pintu kaca gelangsar di ruang tamu dan ruang makan untuk pengudaraan yang baik.

Bahagian luarnya mempunyai ruang legar tanpa tiang, yang juga sesuai untuk penempatan altar, atau rak kasut, atau untuk digunakan sebagai kawasan konsol.

Unit Ambrosia II juga akan menawarkan bilik tetamu en-suite, ruang pejabat rumah, ciri-ciri bilik tidur utama seperti bilik almari pakaian dan balkoni peribadi.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Sunway to expand Sunway City Ipoh with RM4bil in investments

  • S P Setia lancar fasa baharu Ambrosia II, harga bermula RM1.75 juta

  • Tropicana introduces Skypark Kepler by Banyan Group

  • Rumah RM300,000 hingga RM500,000 paling banyak tak terjual

  • Sunsuria buys 20% stake in Kg Sungai Baru developer for RM10 mil, to inject RM40 mil to kick-start development