News & Articles 22 Quartz Residences, kolaborasi mewah kediaman lestari

22 Quartz Residences, kolaborasi mewah kediaman lestari


29 Nov 2024
22 Quartz Residences, kolaborasi mewah kediaman lestari
SETIA ALAM: Mitraland Group menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi 22 Quartz Residences, pembangunan premier terbarunya di Setia Alam untuk meningkatkan kualiti dan kelestarian pembangunan tersebut.

Kerjasama itu menyatukan jenama diyakini dengan menyumbangkan kepakaran dan produk khusus untuk pembangunan ini.

Ketua Pegawai Operasi Mitraland Group, Tan Chee Hoaw, berkata 22 Quartz Residences bukan sekadar koleksi rumah, ia adalah sebuah komuniti yang direka dengan penuh perhatian, di mana kemewahan bertemu kelestarian.

"Dengan kerjasama bersama jenama terpercaya ini, kami berhasrat untuk menyampaikan pengalaman hidup yang lebih tinggi, sekali gus menetapkan standard baharu di Setia Alam.

"Projek ini mencerminkan visi kami untuk membina pembangunan masa depan yang memenuhi keperluan keluarga pelbagai generasi sambil mengutamakan kelestarian alam sekitar," katanya semasa majlis menandatangani MoU itu, di sini, hari ini.

Projek yang dilancarkan pada Mei tahun ini, telah mencapai kejayaan dengan pelancaran fasa pertama melibatkan 116 unit dan kadar pengambilan 100 peratus dalam tempoh satu bulan, manakala fasa kedua kini telah mencapai lebih daripada 70 peratus kadar pengambilan.

Pencapaian itu menekankan permintaan kukuh terhadap kediaman berkualiti tinggi yang direka dengan teliti dalam komuniti berpagar dan berpengawal eksklusif.

Dengan kawasan seluas 22 ekar tanah pegangan bebas, 22 Quartz Residences adalah pembangunan berkapasiti rendah yang menawarkan 326 unit vila elegan tiga tingkat berkeluasan antara 2,766 kaki persegi hingga 3,493 kaki persegi.

Setiap rumah direka untuk menyokong kehidupan pelbagai generasi dengan empat tambah satu bilik tidur dan lima bilik mandi, memastikan privasi dan keselesaan dengan bilik mandi en suite di setiap bilik tidur.

Pembangunan itu menggabungkan reka bentuk inovatif dan ciri lestari, memenuhi keperluan keluarga moden yang semakin berkembang di mana ia direka dengan kehijauan empat kali ganda lebih banyak berbanding pembangunan biasa, dengan ciri-ciri seperti 'Elevated Green Deck', plot urban farming persendirian dan taman linear awam.

Selain itu, penghuni akan menikmati akses eksklusif ke kelab persendirian yang dilengkapi dengan kemudahan seperti kolam renang, gimnasium, kawasan barbeku (BBQ) dan bilik serbaguna, yang menggalakkan interaksi sosial dan menyediakan pelbagai ruang untuk bersantai serta beriadah.

Mitraland Group juga sedang mengejar Pensijilan GreenRE Silver untuk 22 Quartz Residences bagi mencerminkan dedikasi mereka terhadap amalan lestari di mana usaha ini menegaskan komitmen pemaju untuk mengurangkan kesan alam sekitar projek sambil mempromosikan kehidupan cekap tenaga untuk para penghuni.

22 Quartz Residences juga menawarkan kemudahan luar biasa dengan akses mudah ke pelbagai kemudahan sedia ada, sekolah, hab runcit dan lebuh raya utama.

Reka bentuk yang teliti serta lokasi utamanya memberikan peluang luar biasa untuk pemilik rumah yang bijak untuk merasai gaya hidup yang menggabungkan kemewahan, kelestarian, dan kehidupan berkomuniti.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • E&O open to JV partners for Andaman Island project

  • 22 Quartz Residences, kolaborasi mewah kediaman lestari

  • Rackson Group to transform Bayan Lepas skyline with RM1.5bln GDV project

  • PKNS lancar 12 projek hartanah bernilai RM1.5 bilion tahun depan

  • RHB Research maintains UEM Sunrise earnings forecast, amid further land deals