News & Articles Lotus's buka pasar raya di perbandaran IJM Rimbayu

Lotus's buka pasar raya di perbandaran IJM Rimbayu


17 Dec 2024
Lotus's buka pasar raya di perbandaran IJM Rimbayu
KUALA LUMPUR: Pasar raya Lotus's hari ini dibuka secara rasmi di IJM Rimbayu, mercu tanda utama yang direka khusus untuk memenuhi keperluan komuniti yang kian berkembang.

Dengan pelaburan bernilai RM56 juta, keluasan 4.48 ekar dan ruang binaan seluas 64,066 kaki persegi, Lotus's berdiri megah sebagai pasar raya terbesar dalam radius 10 kilometer, lengkap dengan pusat beli-belah eksklusif.

Beroperasi di bawah status pajakan selama 30 tahun, kehadiran Lotus's adalah simbol komitmen kukuh terhadap kemudahan komuniti, pengukuhan ekonomi, dan penyatuan sosial, serta disempurnakan dengan kemudahan tempat letak kereta yang luas dan terancang.

Kehadiran Lotus's bukan sekadar tambahan, tetapi pemangkin transformasi yang mengukuhkan kedudukan IJM Rimbayu sebagai hab pinggir bandar yang berdaya maju.

Terletak dalam lokasi strategik, pasar raya ini memenuhi keperluan lebih 46,000 penduduk dari perbandaran dan kawasan sekitarnya, menjadikan ia tarikan utama dengan aliran pengunjung yang konsisten.

Kesan limpahannya melangkaui sektor runcit kerana ia menghidupkan semula aktiviti komersial, merangsang perniagaan tempatan dan membuka peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung.


Dengan setiap impak positifnya, Lotus's memperkukuh peranan IJM Rimbayu sebagai nadi ekonomi yang berkembang pesat dan

berdaya saing.

Ketua Pegawai Operasi IJM Land, Datuk Chai Kian Soon, berkata pelancaran Lotus's merupakan satu pencapaian penting yang membawa harapan baharu kepada perkembangan IJM Rimbayu.

"Sejak mula, perbandaran ini telah menjadi simbol kemajuan dan menyediakan pelbagai peluang. Lotus's mencerminkan kejayaan ini dengan menyediakan keperluan komuniti yang terus berkembang, merancakkan ekonomi, dan memperkukuh perniagaan tempatan.

"Kehadirannya memperkasakan visi kami untuk menjadikan IJM Rimbayu sebagai destinasi yang dinamik, mampan, dan inklusif, di mana segala keperluan dapat dipenuhi dengan mudah, tanpa perlu bergerak jauh," katanya dalam satu kenyataan.

Sejak lebih sedekad lalu, IJM Rimbayu telah berkembang daripada impian yang bercita-cita tinggi kepada sebuah realiti yang memukau, perbandaran moden yang menjadi simbol kehidupan pinggir bandar masa hadapan.

Hari ini, dengan lebih 15,000 penduduk dan pelancaran 5,347 unit kediaman (hampir 4,663 unit telah diserahkan), IJM Rimbayu berdiri megah sebagai sebuah ekosistem yang memancarkan keindahan harmoni.

IJM Rimbayu bukan sekadar sebuah perbandaran, ia adalah nadi kemajuan di tengah-tengah kawasan satelit Selangor yang sedang pesat membangun.

Menggabungkan inovasi moden dengan ketenangan alam, perbandaran ini dirancang rapi dengan infrastruktur berwawasan, ruang hijau yang mendamaikan, dan pembangunan inovatif yang mencerminkan gaya hidup masa

depan.

Ia bukan hanya menjadi tempat tinggal, tetapi sebuah komuniti yang memupuk hubungan, memperkayakan pengalaman, serta memberikan makna baharu kepada erti kehidupan, bekerja dan berkembang dalam keharmonian yang sempurna.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • [UPDATED] Iconic Penang opens Iconic Marjorie Hotel in Penang

  • Mah Sing terus tumpu bina rumah mampu milik bawah RM500,000

  • Longer loan tenures could unintentionally inflate property values, says critics

  • Fasa 1 pembangunan semula Kampung Baru dijangka bina menara

  • Mah Sing buys Johor land from S P Setia for RM157mil