News & Articles Damansara Damai lokasi kediaman berbentuk komuniti mampan, inklusif

Damansara Damai lokasi kediaman berbentuk komuniti mampan, inklusif


18 Dec 2024
Damansara Damai lokasi kediaman berbentuk komuniti mampan, inklusif
PETALING JAYA: Syarikat pembangunan hartanah MK Land Holdings Berhad (MK Land) menfokuskan usaha membina hubungan yang lebih erat bersama komuniti setempat di kawasan operasinya sebagai asas kepada strategi perniagaan.

Langkah itu dapat dilihat menerusi penganjuran Program Ramah Mesra Komuniti dan MK Land, yang diadakan di Damansara Damai, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MK Land, Ahmad Soalahuddin Al-Thani Ahmad Termizi berkata program berkenaan menekankan komitmen syarikat berkenaan terhadap aspek sosial dalam bentuk persekitaran, sosial dan takbir urus (ESG).

"Sebagai pemaju hartanah, MK Land percaya bahawa pelaburan dalam kesejahteraan sosial adalah kunci untuk membina komuniti yang mampan dan inklusif.

"ESG bukan hanya satu rangka kerja mahupun peta hala tuju malah ia adalah panduan dalam komitmen jangka panjang kami di MK Land sebagai cerminan nilai teras pemaju hartanah yang bertanggungjawab.

"Damansara Damai adalah bukti kejayaan visi kami dalam menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti sekali gus menyumbang kepada pembinaan komuniti masa depan yang lebih baik di kejiranan ini," katanya pada program berkenaan.


Melalui program ramah mesra ini, penduduk Damansara Damai berpeluang berinteraksi tentang segala isu permasalahan daripada wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kempen derma darah oleh Pusat Darah Negara, Proton dan syarikat perbankan seperti Bank Rakyat dan BSN.

Ahmad Soalahuddin berkata, Damansara Damai mempunyai satu sejarah istimewa bagi MK Land sejak ia mula dibangunkan pada lewat 90-an, yang menyaksikan lebih 6,000 unit kediaman kos rendah dan mampu milik dengan harga antara RM25,000 hingga RM80,000 dibina.

"Dengan keluasan 400 ekar, pembangunan ini direka untuk memenuhi keperluan komuniti pelbagai peringkat.

"Justeru, untuk prospek terbaru yang dibangunkan MK Land iaitu Residensi Suasana @ Damai, kami mengalu-alukan generasi kedua atau golongan muda dari kalangan komuniti asal Damansara Damai merebut peluang untuk memiliki hartanah yang lebih selesa serta berdekatan dengan kediaman keluarga mereka.

"Dalam tempoh antara dua hingga tiga tahun lagi kami menjangkakan antara Damansara Damai bakal didiami oleh 110,000 penduduk yang lengkap dengan kemudahan seperti dua sekolah rendah, satu sekolah menengah, masjid, dewan komuniti taman bandar serta Stesen MRT," katanya.

Sementara itu, penduduk Suhaiza Sulaiman, 47, berkata penganjuran program ramah mesra oleh MK Land itu pastinya amat dinanti-nantikan oleh masyarakat setempat di Damansara Damai untuk mendapatkan maklumat mengenai produk baru projek hartanah di kawasan kediaman mereka.

"Pembangunan di Damansara Damai ini dapat dilihat dirancang dan disusun sebelum dibangunkan dengan strategi tersendiri ditambah dengan kemudahan-kemudahan asas yang boleh dikatakan sempurna.

"Justeru selain MK Land menyasarkan orang luar, saya yakin penduduk Damansara Damai juga ingin merebut peluang memiliki aset hartanah baharu yang lebih selesa dan moden terutama generasi kedua," katanya.

Seorang lagi penduduk, Mazura Abdul Aziz, 45, yang tinggal di Damansara Damai sejak 13 tahun lalu berkata, pembangunan infrastruktur yang dilaksanakan sangat cepat selain unit kediamannya sendiri masih kekal selesa sejak dibeli.

"Kalau ikut kepada kepadatan penduduk, segala kemudahan sedia ada sangat bagus dan MK Land berjaya merealisasikan satu kawasan kediaman dan pusat perniagaan yang sesuai meskipun kawasan ini kecil.

"Malah kemudahan pengangkutan awam termasuk yang terbaru Stesen MRT di kawasan berhampiran pastinya nilai hartanah kawasan ini menjadi rebutan," katanya.

Namun dia mengharapkan supaya syarikat perbankan mengambil peluang membuka cawangan mereka di kawasan itu untuk urusan harian penduduk.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Mah Sing buys Johor land from S P Setia for RM157mil

  • Pasaran rumah stabil sepanjang 2024

  • Sunway Property unveils Serene Villas project

  • MVV City bandar pintar di Seremban, GDV diunjur cecah RM15 bilion

  • New assessment rate for Ipoh to be announced on Dec 26 : Mayor