News & Articles Pasaran pejabat catat pertumbuhan, fokus kepada ruang premium, ESG

Pasaran pejabat catat pertumbuhan, fokus kepada ruang premium, ESG


28 Jan 2025
Pasaran pejabat catat pertumbuhan, fokus kepada ruang premium, ESG
KUALA LUMPUR: Pasaran ruang pejabat Malaysia menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan apabila penyewa global dan tempatan terus mencari ruang premium yang memenuhi piawaian kemampanan dan tempat kerja moden, menurut Knight Frank Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan, Keith Ooi, berkata pasaran hartanah tempatan berkembang sejajar dengan trend serantau, dengan permintaan tinggi terhadap pejabat mematuhi piawaian Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Korporat (ESG) serta pembangunan diperakui hijau, sekali gus mendorong aktiviti pelaburan yang ketara.

"Dapatan daripada *Real Estate Highlights* (REH) bagi separuh kedua 2024 dan *Kajian Sentimen Pelaburan Hartanah Komersial* (CREISS) 2025 menekankan potensi Malaysia untuk pertumbuhan mampan serta peluang penempatan semula aset inovatif pada tahun akan datang.

"Sektor pejabat terus berubah apabila syarikat semakin menumpukan kepada ruang berkualiti tinggi yang diperakui ESG bagi menarik dan mengekalkan bakat," katanya dalam satu kenyataan.

Ooi menambah, peralihan kepada 'pejabat premium' ini telah menggalakkan pelaburan besar dalam pengubahsuaian dan pembangunan semula, terutama di kawasan utama seperti Kuala Lumpur.


"Dapatan terkini kami daripada CREISS 2025 dan REH separuh kedua 2024 menyerlahkan tumpuan kepada penyelesaian hijau selaras dengan matlamat kemampanan korporat. Malaysia kini menjadi pasaran menarik yang menawarkan keseimbangan kecekapan kos dan ruang pejabat premium," jelasnya.


Laporan itu turut mendedahkan bahawa 45 peratus daripada urus niaga pejabat yang diperuntukkan untuk pembangunan semula atau pengubahsuaian pada 2024 memberi fokus kepada menaik taraf spesifikasi pejabat.

Bangunan usang, terutama bangunan Gred B dan peringkat rendah, berdepan cabaran dalam menarik penyewa korporat pada tahun lalu berikutan peningkatan permintaan terhadap ruang berkualiti tinggi.

Trend ini membuka peluang pelaburan besar dalam segmen nilai tambah, termasuk menghidupkan semula bangunan lama dengan ciri ESG dan kesejahteraan moden.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • February Auction Carnival 2025: Bigger, Bolder, and Better Deals Than Ever!

  • Nilai transaksi hartanah naik mendadak kepada RM217.46 bilion tahun lalu

  • Compugates to jointly develop Cyberjaya land into RM1.36 bil GDV project

  • Mall operators put their faith in fresh strategies

  • Pasaran pejabat catat pertumbuhan, fokus kepada ruang premium, ESG