News & Articles Avalton By The Water pembangunan mewah bertemakan resort di Melaka

Avalton By The Water pembangunan mewah bertemakan resort di Melaka


24 Feb 2025
Avalton By The Water pembangunan mewah bertemakan resort di Melaka
MELAKA: Chin Hin Group Property (CHGP) melancarkan Avalton By The Water, pembangunan mewah bertemakan resort menghadap Pulau Melaka.

CHGP dalam satu kenyataan berkata, Avalton By The Water ialah pembangunan mewah meliputi kawasan berstatus pegangan pajakan seluas 2.68 hektar itu menampilkan 539 unit merentasi tujuh blok kediaman iaitu enam bertingkat rendah dan satu bertingkat sederhana.

"Projek menawarkan dua jenis susun atur, masing-masing dengan tiga bilik tidur di mana saiz unit ditawarkan antara 760 hingga 850 kaki persegi, dengan harga bermula dari RM508,000. Dengan reka bentuk kontemporari, Avalton By The Water menawarkan ketenangan bandar yang dikelilingi oleh tapak bersejarah dan warisan pantai Melaka.

"Pembangunan itu mengambil inspirasi daripada keanggunan dan kekuatan aliran air, mencerminkan keindahan dan tenaga persekitaran tepi lautnya," katanya.

Terletak secara strategik di Jalan Melaka Raya 35, pembangunan itu ni menyediakan akses mudah ke jalan utama dan hanya empat kilometer dari Terminal Bas Melaka Sentral serta 6.3 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.

Lebuhraya Utara-Selatan terletak kira-kira 16 kilometer menjadikan Avalton By The Water pilihan utama untuk perjalanan masa depan.


Ia juga terletak di destinasi berhampiran tarikan pelancong popular seperti A Famosa, Jonker Street, Melaka River Cruise dan Little India.

Avalton By The Water turut menawarkan kemudahan dengan akses mudah ke pusat kesihatan, institusi pendidikan dan tempat rekreasi.

Ia terletak berhampiran Pusat Perubatan Mahkota, Hospital Melaka, dan sekolah terbaik seperti JT International School, SMK Tinggi Melaka dan Universiti Multimedia (MMU).

"Avalton By The Water menetapkan standard baharu bagi kehidupan mewah dengan pemasangan kelengkapan dapur Signature Kitchen, jenama terkenal kerana kualiti dan reka bentuknya yang mewah.

"Sebagai sebahagian daripada Chin Hin Group, kelengkapan Signature Kitchen menggabungkan fungsi dan gaya dengan sempurna, menjadikan kediaman anda benar-benar unik," tambah kenyataan itu.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • February Auction Carnival 2025 Sees Strong Turnout, Proving Auctions the Smart Way to Buy & Sell

  • Malaysia terajui ASEAN dalam rumah mampu milik - Juwai IQI

  • Avalton By The Water pembangunan mewah bertemakan resort di Melaka

  • Minor welcomes new tax incentives for JS-SEZ

  • February Auction Carnival 2025: Bigger, Bolder, and Better Deals Than Ever!