News & Articles Matrix Concepts jual 9 bidang tanah seluas 15.64 hektar di Seremban berharga lebih RM90 juta

Matrix Concepts jual 9 bidang tanah seluas 15.64 hektar di Seremban berharga lebih RM90 juta


14 Feb 2025
Matrix Concepts jual 9 bidang tanah seluas 15.64 hektar di Seremban berharga lebih RM90 juta
KUALA LUMPUR 12 Feb - Matrix Concepts Holdings Bhd (MCHB) menjual sembilan bidang tanah pegangan bebas seluas 15.64 hektar di Seremban, Negeri Sembilan pada harga lebih RM90 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata, anak syarikat milik 85%, N9 Matrix menandatangani perjanjian jual beli dangan Kuntum Kemuning Sdn Bhd.

Katanya, N9 Matrix yang juga merupakan pemaju hartanah, memeterai perjanjian itu pada 12 Februari 2025.

"Proses penjualan tanah itu dijangka siap sepenuhnya 12 bulan selepas pemeteraian perjanjian itu.

"Urus niaga itu tidak akan mempunyai sebarang kesan material ke atas modal terbitan kumpulan.

"Aset bersih dan pendapatan sesaham MCHB bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 tidak akan dikesan oleh penjualan ini," katanya.

KKSB merupakan syarikat pelaburan hartanah yang mempunyai modal terbitan sebanyak RM100,000.

Pengarah Urusan Kumpulan MCHB, Ho Kong Soon yang merupakan Pengarah N9 Matrix merupakan Pengarah tunggal & pemegang saham KKSB.

Source: dagangnews.com

Latest Posts
  • Industri hartanah perlu utamakan pemeliharaan ekologi - Nga

  • Treating homes as investments impedes affordability of homeownership

  • Radium labur RM135 juta bangun hotel 4 bintang di Chancery Ampang

  • KRI calls for housing finance overhaul as long loan tenures push up household debt risk

  • Projek KL360 @ Menara GD berjaya dipulihkan semula