News & Articles Glomac serah kunci Rumah Selangorku 'Seri Kenanga' di Saujana Utama

Glomac serah kunci Rumah Selangorku 'Seri Kenanga' di Saujana Utama


27 Feb 2025
Glomac serah kunci Rumah Selangorku 'Seri Kenanga' di Saujana Utama
KUALA LUMPUR: Kelana Kualiti Sdn Bhd (KKSB), anak syarikat milik penuh Glomac Bhd baru-baru ini menyerahkan Milikan Kosong rumah Rumah Selangorku 'Seri Kenanga' di Saujana Perdana yang terletak dalam perbandaran Bandar Saujana Utama kepada pemilik.

Projek 178 unit rumah bandar yang dibangunkan itu merupakan sebahagian daripada komitmen Kumpulan Glomac Bhd kepada Kerajaan Negeri dalam menyediakan perumahan mampu milik di bawah skim Rumah Selangorku.

'Seri Kenanga' menampilkan konsep hibrid rumah bandar bertingkat iaitu dua setengah tingkat yang mempamerkan gabungan konsep moden dan kontemporari.

Dengan keluasan binaan 1,200 kaki persegi, setiap unit rumah bandar yang bersaiz 24'x 65' dilengkapi dengan tempat letak kereta, tiga bilik tidur, 2 bilik mandi dengan harga bermula dari RM250,000.00 setiap unit.

'Seri Kenanga' merupakan kediaman jenis rumah bandar mampu milik Rumah Selangorku kedua yang dibangunkan oleh KKSB di Saujana Perdana, di mana sesi penyerahannya adalah lebih awal daripada yang dijadualkan.

Manakala, pada Jun 2022, terdapat 180 unit rumah bandar mampu milik 'Seri Kenari' telah diserahkan kepada pembeli.

Bagi merealisasikan sokongannya yang berterusan kepada dasar perumahan awam kerajaan negeri Selangor dan inisiatif negara dalam membina rumah mampu milik kepada penduduk, Glomac setakat ini telah membina sebanyak 1,549 unit perumahan mampu milik di Bandar Saujana Utama.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Sime Darby Property sees strong growth in high-rise segment

  • Lokasi strategik Alfa Bangsar tarik minat penyewa, pengunjung

  • Belfield Tunnel opens, providing easy entry and exit to Menara Merdeka 118

  • Jualan hartanah baharu Matrix Concepts meningkat kepada RM354.3 juta

  • Rehda more upbeat about property market following Napic's latest report