News & Articles Fasa kedua MIRAI Residences bakal dilancar

Fasa kedua MIRAI Residences bakal dilancar


12 Mar 2021
Fasa kedua MIRAI Residences bakal dilancar
Kuala Lumpur: MKH Berhad (MKH) dan Panasonic Homes Malaysia Sdn Bhd (Panasonic Homes Malaysia), anak syarikat milik penuh Panasonic Homes Group akan melancarkan blok baharu MIRAI Residences sebanyak 384 unit.

Jualan fasa pertama sebanyak 748 unit dilancarkan pada 30 September tahun lalu.

MKH dalam kenyataan berkata, walaupun aktiviti jualan terhad akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun reaksi pasaran bagi fasa pertama memberangsangkan.

"Setakat Disember 2020, sebanyak 90 peratus tempahan diterima. Merujuk kepada rekod Perjanjian Jual Beli itu, ia memberi keyakinan kepada MKH untuk melancarkan fasa kedua projek pangsapuri perkhidmatan ini," katanya.

MIRAI Residences adalah pembangunan pangsapuri perkhidmatan berskala besar yang menggabungkan pengetahuan dan teknologi yang diusahakan oleh Panasonic Homes Malaysia.

Projek ini dijangka siap pada September 2024.

Katanya, MIRAI Residences terletak di pusat pembangunan perbandaran bersepadu baharu, Kajang 2 di mana MKH adalah pemaju kawasan perbandaran ini.

MIRAI Residences terletak hanya tujuh minit jarak jalan kaki dari stesen KTM Kajang 2 yang bakal beroperasi pada April 2021.

"Dalam skala besar pembangunan pangsapuri perkhidmatan, projek ini mempunyai lebih daripada 40 kemudahan gaya resort secara eksklusif untuk bakal pemilik," katanya.

Source: hmetro.com.my

Latest Posts
  • Strata Sense: Demystifying strata living

  • MTD Properties lancar perbandaran bernilai RM1 bilion di Kajang, Melaka

  • PJ’S NEW ICON: A Walkable City, A Prestigious Address

  • Mah Sing rekod jualan hartanah RM1.01 bilion dalam lima bulan

  • Sentral REIT beli Arcoris Plaza pada harga RM70 juta