News & Articles Kempen beli rumah UEM Sunrise tawar 13 projek

Kempen beli rumah UEM Sunrise tawar 13 projek


18 May 2021
Kempen beli rumah UEM Sunrise tawar 13 projek
KUALA LUMPUR: UEM Sunrise Bhd (UEM Sunrise) memperkenalkan kempen 'Riang Ria Raya Ceria' yang membolehkan pembeli rumah menikmati kaedah pembelian rumah yang mudah serta pelbagai hadiah menarik.

UEM Sunrise berkata, pembeli berpeluang menikmati Kempen Pemilikan Rumah (HOC) serta duit raya, baucar dan hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM10,000.

"Walaupun masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 'Riang Ria Raya Ceria' bertujuan menyebarkan sikap optimisme dan positif ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah serta di rumah terbuka maya yang dianjurkan oleh UEM Sunrise.

"13 projek hartanah UEM Sunrise di Johor dan Lembah Klang akan ditawarkan sempena kempen ini," katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Pemasaran UEM Sunrise, Kenny Wong, berkata kumpulan terus membawa kemeriahan dan kegembiraan walaupun negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19 serta pelaksanaan PKP.

"Pembelian rumah adalah sesuatu keputusan yang besar, oleh itu kami ingin terus memberi pengalaman yang menarik kepada pelanggan dalam pembelian projek UEM Sunrise.

"Dengan berakhirnya Kempen HOC pada bulan ini, ia menandakan peluang terakhir untuk menikmati faedah serta pengecualian duti setem," katanya.

Kempen 'Riang Ria Raya Ceria' akan berakhir 30 Jun 2021.

Sempena kempen ini, pembeli bebas untuk meneroka projek yang tertentu dalam pencarian rumah impian di laman web yang dinaik taraf termasuk lawatan unit pameran secara maya 360 darjah, sembang langsung dengan kakitangan khidmat pelanggan dan kalkulator pinjaman pengiraan.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

  • Gong Xi Auction Fair: Start the Lunar New Year with Smart Property Investments

  • Highest Bidder Strikes Gold at NCM Co November Auction Carnival 2025

  • November Auction Carnival 2025 Returns — Nearly 600 Properties Up for Grabs!

  • SkyWorld raih emas pertama di Anugerah ESG The Edge Malaysia 2025