News & Articles Sunway beli tanah di Singapura, RM2.51 bilion

Sunway beli tanah di Singapura, RM2.51 bilion


19 Nov 2021
Sunway beli tanah di Singapura, RM2.51 bilion
KUALA LUMPUR: Unit pembangunan hartanah milik penuh Sunway Bhd, Sunway Developments Pte Ltd (SDPL), bersama dengan Hoi Hup Realty Pte Ltd memeterai perjanjian jual beli secara kolektif bagi membeli 22 plot tanah kediaman pegangan bebas di Tanjong Katong, Singapura bernilai S$815.0 juta (RM2.51 bilion).

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Sunway Group berkata, tanah berkenaan akan dimajukan semula menjadi satu kawasan pembangunan kediaman persendirian baharu dan satu syarikat usaha sama yang dicadangkan akan diperbadankan, dengan Hoi Hup dan SDPL akan menguasai kepentingan ekuiti dengan nisbah 70:30.

Kos pelaburan SDPL dalam projek usaha sama itu dianggarkan berjumlah S$140 juta atau RM431.2 juta.

"Projek yang dicadangkan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Sunway Group mulai tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dan seterusnya," katanya. - Bernama

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Industri hartanah perlu utamakan pemeliharaan ekologi - Nga

  • Treating homes as investments impedes affordability of homeownership

  • Radium labur RM135 juta bangun hotel 4 bintang di Chancery Ampang

  • KRI calls for housing finance overhaul as long loan tenures push up household debt risk

  • Projek KL360 @ Menara GD berjaya dipulihkan semula