News & Articles Unit Bina Puri Meterai PPA Bangunkan Loji Jana Kuasa Solar Skala Besar Di Sabah

Unit Bina Puri Meterai PPA Bangunkan Loji Jana Kuasa Solar Skala Besar Di Sabah


16 Dec 2021
Unit Bina Puri Meterai PPA Bangunkan Loji Jana Kuasa Solar Skala Besar Di Sabah
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Bina Puri Holdings Bhd, BP Energy Sdn Bhd telah memeterai perjanjian pembelian tenaga (PPA) dengan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk membangunkan loji jana kuasa solar fotovolta (PV) berskala besar 5.00 megawatt (MWac) di Kunak, Sabah.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Bina Puri berkata BP Energy akan mereka bentuk, membina, menguji, mentauliahkan, memiliki, mengendalikan dan menyelenggara kemudahan itu.

Pengarah Eksekutif Bina Puri Group Datuk Matthew Tee Kai Woon dalam satu kenyataan berasingan berkata tempoh kontrak PPA adalah selama 21 tahun mulai tarikh operasi komersial, yang dijadualkan pada 30 Jun, 2023.

“Kami berharap dapat menyumbang kepada negara ini menerusi penyelesaian tenaga boleh diperbaharui, seiring dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan masa depan yang lebih mampan dan hijau.

“Dengan pengumuman ini, kami berharap dapat memperoleh lebih banyak projek di Malaysia, terutama di Sabah kerana kami juga mempunyai keupayaan dalam sektor lain seperti pembinaan dan pembangunan hartanah,” katanya.

Daripada 10 syarikat yang terbabit di bawah projek solar berskala besar kedua (LSS2) di Sabah, Bina Puri ialah syarikat pertama yang menandatangani PPA dengan SESB.

Matthew Tee berkata ini menandakan pencapaian penting bagi kumpulan ini memandangkan ia merupakan projek jana kuasa pertama Bina Puri di Malaysia, selepas kejayaan penyenaraian anak syarikat kuasanya pada Jun 2017 di Bursa Saham Indonesia.

— BERNAMA

Source: thekapital.my

Latest Posts
  • Strata Sense: Demystifying strata living

  • MTD Properties lancar perbandaran bernilai RM1 bilion di Kajang, Melaka

  • PJ’S NEW ICON: A Walkable City, A Prestigious Address

  • Mah Sing rekod jualan hartanah RM1.01 bilion dalam lima bulan

  • Sentral REIT beli Arcoris Plaza pada harga RM70 juta