News & Articles Ireka Raih Projek Hartanah Bernilai RM58.28 Juta Daripada Kosahabat

Ireka Raih Projek Hartanah Bernilai RM58.28 Juta Daripada Kosahabat


17 Dec 2021
Ireka Raih Projek Hartanah Bernilai RM58.28 Juta Daripada Kosahabat
KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) — Ireka Corporation Bhd akan memajukan projek perumahan bercampur-campur dan mampu milik di atas tanah milik kerajaan seluas 9.75 hektar di Dungun, Terengganu.

Menurut pemaju hartanah itu, anak syarikatnya Ireka Development (Terengganu) Sdn Bhd (IDTSB) telah menerima surat anugerah atau lantikan daripada Koperasi Permodalan Sahabat Terengganu Bhd (KoSahabat) bagi membangunkan projek tersebut di Kampung Baru Kuala Abang dengan peruntukan bernilai RM58.28 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Ireka berkata projek tersebut akan dimulakan pada 20 Dis, 2021 dan dijangka siap pada 19 Dis, 2024 manakala IDTSB serta KoSahabat akan memeterai perjanjian terbabit dalam masa tiga bulan.

“Projek tersebut dijangka memberi sumbangan positif kepada aset bersih dan pendapatan sesaham Ireka dan kumpulan syarikat bagi tahun kewangan berakhir pada 30 Mac, 2022 dan seterusnya sehingga projek tersebut siap,” katanya.

— BERNAMA

Source: thekapital.my

Latest Posts
  • Strata Sense: Demystifying strata living

  • MTD Properties lancar perbandaran bernilai RM1 bilion di Kajang, Melaka

  • PJ’S NEW ICON: A Walkable City, A Prestigious Address

  • Mah Sing rekod jualan hartanah RM1.01 bilion dalam lima bulan

  • Sentral REIT beli Arcoris Plaza pada harga RM70 juta