News & Articles TWL, ACIGOLD Dubai bina pangsapuri di Subang Jaya

TWL, ACIGOLD Dubai bina pangsapuri di Subang Jaya


14 Oct 2022
TWL, ACIGOLD Dubai bina pangsapuri di Subang Jaya
KUALA LUMPUR: TWL Holdings Bhd (TWL) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat ACIGOLD Dubai dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membina pangsapuri dengan 415 unit di Pinggiran USJ1, Subang Jaya, Selangor.

Menurut TWL dalam kenyataan, pembinaan pangsapuri itu akan membabitkan pelaburan bernilai RM132.8 juta.

"Pelaksanaan projek permbinaan pangsapuri ini juga adalah berdasarkan dengan jalinan kerjasama beberapa pihak termasuk Tinta Kaca Development Sdn Bhd yang juga anak syarikat TWL serta syarikat Mufe World yang berpangkalan di Dubai serta Majlis Perniagaan Malaysia Dubai (MyBC-Dubai).

"MoU ini juga adalah untuk merealisasikan pelaburan langsung asing (FDI) dari ACIGOLD Dubai UAE yang bakal memperkasakan ekonomi Malaysia, yang juga akan menyaksikan sumbangan langsung kepada komuniti," katanya.

Pengerusi ACIGOLD Worldwide yang juga Pengasas Mufe World Worldwide, Datuk Sheikh Jamal Nasir, berkata matlamat, impian dan harapan TWL bersama ACIGOLD Dubai UAE untuk membina rumah kos mampu milik ini ialah untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat Malaysia yang semakin tinggi.\

"Kami memahami dilema rakyat masa kini dan impian kami juga ialah supaya mereka yang berpotensi berpeluang untuk memiliki rumah sendiri," katanya.

Majlis menandatangani MoU berkenaan telah diadakan di Putrajaya pada 10 Oktober lalu.

Ia ditandatangani oleh Sheikh Jamal yang mewakili ACIGOLD Dubai dan TWL Oleh Pengerusinya, Datuk William Tan Wei Lian.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Industri hartanah perlu utamakan pemeliharaan ekologi - Nga

  • Treating homes as investments impedes affordability of homeownership

  • Radium labur RM135 juta bangun hotel 4 bintang di Chancery Ampang

  • KRI calls for housing finance overhaul as long loan tenures push up household debt risk

  • Projek KL360 @ Menara GD berjaya dipulihkan semula