News & Articles TH PROPERTIES LANCAR PROJEK KEDIAMAN FELORA, BIZCENTRE FASA 2 DI SEREMBAN

TH PROPERTIES LANCAR PROJEK KEDIAMAN FELORA, BIZCENTRE FASA 2 DI SEREMBAN


6 Mar 2024
TH PROPERTIES LANCAR PROJEK KEDIAMAN FELORA, BIZCENTRE FASA 2 DI SEREMBAN
SEREMBAN, 5 Mac (Bernama) -- TH Properties Sdn Bhd (TH Prop) melancarkan projek pembangunan kediaman terbaharunya, Felora, di Warisan Puteri 2, Seremban, dengan nilai pembangunan kasar RM38.96 juta.

Projek Felora terdiri daripada 86 unit rumah teres dua tingkat dengan kawasan binaan antara 1,406 kaki persegi hingga 1,965 kaki persegi, menawarkan harga antara RM409,000 hingga RM659,200 seunit, kata pemaju itu dalam satu kenyataan.

Anak syarikat Lembaga Tabung Haji itu turut melancarkan Bizcentre Fasa 2 di Karnival Warisan Puteri 2 di sini.

Projek ini melibatkan 28 unit pejabat dan kedai dua dan tiga tingkat dengan kawasan binaan antara 2,170 kaki persegi hingga 6,868 kaki persegi, dengan menawarkan harga bermula daripada RM648,000 hingga RM2.33 juta.

Ahli Lembaga Pengarah TH Prop Zarulakmar Abd Aziz berkata kejayaan pembangunan terdahulu, Tierra, sebuah projek rumah teres dua tingkat di Warisan Puteri 2, adalah bukti kepercayaan pembeli terhadap produk kumpulan itu.

β€œIa juga menandakan permintaan untuk hartanah kediaman dan komersial masih berdaya tahan walaupun menghadapi pelbagai halangan seperti pandemik Covid19, ekonomi global yang lebih lemah dan lonjakan harga bahan mentah,” katanya.

-- BERNAMA

Source: Bernama.com

Latest Posts
  • Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

  • Gong Xi Auction Fair: Start the Lunar New Year with Smart Property Investments

  • Highest Bidder Strikes Gold at NCM Co November Auction Carnival 2025

  • November Auction Carnival 2025 Returns β€” Nearly 600 Properties Up for Grabs!

  • SkyWorld raih emas pertama di Anugerah ESG The Edge Malaysia 2025