News & Articles Projek Pine 3 di Setia Eco Gardens tawaran terbaharu S P Setia

Projek Pine 3 di Setia Eco Gardens tawaran terbaharu S P Setia


7 Mar 2025
Projek Pine 3 di Setia Eco Gardens tawaran terbaharu S P Setia
KUALA LUMPUR: S P Setia memperkenalkan projek terbaharu, Pine 3 di Setia Eco Gardens (SEG), bagi menawarkan kediaman mampu milik dengan konsep perumahan hijau.

Berikutan kejayaan koleksi Pine 1 dan 2 yang menawarkan rumah pada harga berpatutan dengan bayaran pendahuluan rendah, projek itu menjadikannya pilihan ideal bagi pembeli rumah pertama.

Pine 3 meneruskan kejayaan itu dengan mengekalkan susun atur praktikal dan memberi penekanan kepada elemen kelestarian, selaras dengan permintaan pasaran terhadap perumahan yang lebih lestari dan selesa.

Projek yang berstatus hak milik individu itu membolehkan pemilik rumah melakukan pengubahsuaian mengikut keperluan dan citarasa serta menampilkan konsep hijau pada harga kompetitif, dengan kawasan rekreasi seluas 28 ekar.

S P Setia dalam satu kenyataan berkata, golongan sasaran bagi Pine 3 terdiri daripada pembeli yang mencari rumah bertanah, khususnya keluarga kecil dan golongan muda yang ingin memiliki kediaman sendiri pada harga berpatutan.

"Reka bentuk rumah ini memenuhi gaya hidup moden dengan ruang keluarga yang boleh diubah suai untuk dijadikan ruang kerja dari rumah atau bilik tambahan.

"Setia Eco Gardens turut dilengkapi pelbagai kemudahan, termasuk kawasan komersial Garden Square, sekolah dan hospital bagi memenuhi keperluan penduduk," katanya.

Ia berkata, dari segi aksesibiliti, kawasan itu terletak berhampiran Tuas dan mempunyai sambungan ke Lebuhraya Pasir Gudang, Lebuhraya Linkedua serta stesen bas GP Prima.

"Selain menjadi pilihan pemilik rumah, Pine 3 turut menarik minat pelabur dengan menawarkan kadar sewa yang kompetitif, khususnya dalam kalangan pekerja yang bekerja di Singapura," katanya.

Katanya, S P Setia turut merancang lebih banyak fasa pembangunan di SEG bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perumahan berkualiti di kawasan itu.

"Kami komited untuk membangunkan komuniti lestari dengan menambah lebih banyak elemen hijau dalam pembangunan akan datang bagi memperkayakan gaya hidup penduduk.

"Antara ciri mesra alam yang diterapkan dalam projek ini termasuk panel solar, sistem tadahan air hujan, sistem rumah pintar serta 'e-green living feature' seperti Rayden, bergantung kepada jenis pembangunan," katanya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Strong tourism growth anticipated in Langkawi

  • Bali Escape Kuala Lumpur dibuka suku keempat 2025

  • 76,664 housing credit guarantee applications worth RM17.86bil approved since 2008

  • Pelaburan hartanah komersial Malaysia meningkat

  • Knight Frank: Malaysia's commercial property transactions rising, mirroring global trend