News & Articles Insurans Pinjaman Perumahan Yang Mana Patut Saya Pilih? MRTT atau MLTT?

Insurans Pinjaman Perumahan Yang Mana Patut Saya Pilih? MRTT atau MLTT?


30 Oct 2019
Insurans Pinjaman Perumahan Yang Mana Patut Saya Pilih? MRTT atau MLTT?
Pembelian rumah adalah antara pelaburan terbesar yang anda akan lakukan seumur hidup anda. Setiap pelaburan juga mengandungi risiko-risiko tertentu yang harus kita bersedia untuk hadapi. Oleh itu, terdapat beberapa persoalan yang yang harus kita fikirkan sebagai pembeli rumah seperti:

Berapakah kemampuan kita sekarang untuk memilih pelan perlindungan tersebut? Apakah yang akan terjadi kepada rumah dan keluarga kita berlaku musibah kepada kita? Siapakah yang akan mengambil alih pembiayaan dan bayaran ansuran rumah kita?

Adakah hak milik rumah tersebut boleh dipindahkan kepada ahli keluarga kita?
Tambahan pula, pihak bank biasanya akan memerlukan anda untuk membeli insurans untuk lulus pinjaman. Mari kita kaji jenis-jenis pelan perlindungan yang wujud.

1) Memahami perbezaan Konsep ‘Assurance’ dan ‘Takaful’

Dalam bahasa mudahnya, Assurance bermaksud insurans konvensional manakala Takaful merujuk kepada insurans Islamik yang patuh syariah. Dengan insurans konvensional, pemegang polisi akan membayar premium kepada syarikat insurans dan semua wang ini akan dipegang oleh syarikat insurans. Wang tersebut akan dilaburkan oleh syarikat insurans dengan matlamat mendapat keuntungan maksima.

Syarikat insurans hanya akan membayar tuntutan daripada pemegang polisi berdasarkan pelan yang diambil sahaja. Segala keuntungan berlebihan laburan tadi akan menjadi kepunyaan syarikat insurans. Premium yang dibayar merupakan kewajipan terhadap syarikat insurans dari perspektif jualan dan pembelian.

Dalam pelan insurans Takaful pula, pemegang polisi menggunakan konsep sumbangan kepada tabung Takaful. Dana dalam tabung bertujuan untuk menyumbang kepada ahli-ahli takaful lain yang memerlukan. Sumbangan yang terkumpul dalam tabung takaful juga akan dilaburkan kepada instrumen patuh syariah sahaja.

Walaupun matlamat pelaburan ini juga untuk mendapat keuntungan yang maksima, status spelaburan ini sentiasa dipantau oleh panel syariah yang dilantik pengendali takaful tersebut. Selain itu, pulangan pelaburan tabung takaful tersebut akan dipulangkan semula kepada pemegang polisi. Mana-mana tuntutan yang dibuat pemegang polisi akan dibayar menggunakan dana yang dikumpulkan tadi.

Dalam pelan takaful, premium yang dibayar dianggap sebagai derma (tabarru ‘) dan penjimatan (mudaraba).

2) Apakah Mortgage ‘Reducing’ & Mortgage ‘Level’?

Untuk pakej insurans Takaful, terdapat dua (2) jenis produk insurans yang boleh kita pertimbangkan. Ia adalah MRTT (atau MRTA) dan MLTT (atau MLTA).

MRTT – Mortgage Reducing Term Takaful
(Takaful Bertempoh Gadai Janji Berkurang)
MLTT – Mortgage Level Term Takaful
(Takaful Bertempoh Gadai Janji Mendatar)

Pakej insurans konvensional juga mempunyai dua (2) pilihan yang sama iaitu Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) dan Mortgage Level Term Assurance (MLTA).
Untuk tujuan pemahaman, kita akan membincangkan perbezaan antara ‘Reducing’ dan ‘Level’ dengan merujuk kepada MRTT dan MLTT sahaja.

3) Perbezaan MRTT dan MLTT

Terdapat beberapa perbezaan ketara antara kedua pakej insurans ini. Jadual di bawah menunjukkan 5 perbezaan utama antara MRTT dan MLTT.
Mrtt 01

4) Ada pilihan Insurans alternatif selain pilihan dikongsikan ini?

Pilihan ketiga bernama ‘Term Life Insurance’ atau Insurans Jangka Hayat yang paling biasa dibeli kerana ia menawarkan Insurans hayat tertua. Pelan ini juga mempunyai struktur premium yang fleksibel untuk pemegang polisi. Ini bermaksud terma pelan ini boleh ditambah, dikurang dan ditamatkan pada bila-bila masa.

Untuk yang mampu, anda juga boleh menawarkan keluarga anda jaminan berbentuk wang berdasarkan bayaran premium tertentu.
Justeru itu, anda disarankan supaya membuat kaji selidik tentang pakej-pakej yang ditawarkan pihak bank dalam pasaran sekarang.

Dengan meneliti kelebihan-kelebihan pelan yang wujud, anda mampu memastikan masa depan rumah anda dan ahli keluarga anda terjamin.

Source: Hartabumi.com

Latest Posts
  • Mah Sing buys Johor land from S P Setia for RM157mil

  • Pasaran rumah stabil sepanjang 2024

  • Sunway Property unveils Serene Villas project

  • MVV City bandar pintar di Seremban, GDV diunjur cecah RM15 bilion

  • New assessment rate for Ipoh to be announced on Dec 26 : Mayor