News & Articles Mah Sing sasar 10 projek hartanah baharu

Mah Sing sasar 10 projek hartanah baharu


25 Mar 2021
Mah Sing sasar 10 projek hartanah baharu
RAWANG: Pemaju hartanah, Mah Sing Group Bhd, merancang untuk melancarkan antara lapan hingga 10 projek hartanah kediaman dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM2.4 bilion pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ho Hon Sang, berkata semua projek yang akan dilancarkan pada tahun ini akan dibina di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor membabitkan kediaman bertanah dan bertingkat, bergantung kepada lokasi.

"Semua projek ini akan dilancarkan bermula suku kedua ke atas dengan 91 peratus produk kami adalah di bawah harga RM700,000 dan 51 peratus di bawah harga RM500,000.

"Kami optimis bahawa ekonomi negara akan lebih baik tahun ini susulan pengumuman Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bernilai RM20 bilion baru-baru ini dan pemberian vaksin COVID-19 yang meningkatkan keyakinan rakyat.

"Ini akan memberi rangsangan yang besar dalam mencergaskan semula ekonomi dalam negara serta sektor hartanah memandangkan momentum pemulihan yang berterusan," katanya pada sidang media pelancaran projek M Panora di sini, hari ini.

M Panora adalah projek hartanah kediaman keempat Mah Sing di Rawang, iaitu rumah superlink dua tingkat berkeluasan 24x65 dengan luas binaan dari 1,770 kaki persegi (kps) hingga 2,026 kps.

Projek dengan GDV RM300 juta itu dibangunkan di atas tanah seluas 18.36 hektar dan menawarkan 396 unit yang akan dibina bermula suku ketiga tahun ini dan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.

Hartanah berstatus strata dengan pemilikan kekal itu ditawarkan pada harga indikatif RM650,000 seunit.

Ia juga dilengkapi pengawal keselamatan dan berpagar demi menjamin keselamatan penduduk.

Terdapat dua jenis kediaman ditawarkan iaitu Yurri dan Barra.

Yurri menawarkan luas binaan antara 1,770 kps hingga 1,792 kps manakala Barra dari 2,001 hingga 2,026 kps.

Semua unit menawarkan empat bilik tidur dan tiga bilik air.

Dalam pada itu, Hon Sang berkata, beliau berharap kerajaan akan melanjutkan program Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2.0 yang akan berakhir pada akhir Mei ini.

"Program ini ternyata amat baik kerana membantu pembeli menikmati penjimatan apabila dikecualikan pembayaran duti setem.

"Penjimatan yang diperolehi boleh digunakan oleh pembeli untuk tujuan lain yang lebih penting," katanya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Mah Sing buys Johor land from S P Setia for RM157mil

  • Pasaran rumah stabil sepanjang 2024

  • Sunway Property unveils Serene Villas project

  • MVV City bandar pintar di Seremban, GDV diunjur cecah RM15 bilion

  • New assessment rate for Ipoh to be announced on Dec 26 : Mayor