News & Articles MGB pertaruh projek rumah mampu milik

MGB pertaruh projek rumah mampu milik


21 May 2021
MGB pertaruh projek rumah mampu milik
KUALA LUMPUR: MGB Bhd dijangka mencapai pertumbuhan perolehan dan pendapatan yang kukuh dalam tempoh dua tahun akan datang, sekurang-kurangnya, disokong oleh projek rumah mampu milik 'Rumah Idaman'.

Pengerusinya, Datuk Abdul Majit Ahmad Khan, berkata kepakaran MGB dalam segmen ini menyaksikan perjanjian konsortium ditandatangani antara syarikat itu dengan PNSB Construction Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan Selangor, untuk membangunkan projek sedemikian pada masa akan datang.

"Sehingga kini, MGB sudah menandatangani beberapa perjanjian dengan pemilik tanah untuk membina 3,814 unit Rumah Idaman, dan diberikan 3,396 unit oleh syarikat induk kami, LBS Bina Group Bhd.

"Rumah mampu milik itu akan menggunakan pra teknologi bangunan Sistem Binaan Berindustri (IBS)," katanya dalam laporan tahunan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 yang dikeluarkan hari ini.

Syarikat subkontraktor bangunan itu menyaksikan keuntungan bersihnya meningkat kepada RM13.95 juta pada tahun kewangan 2020 daripada RM13.49 juta pada tahun kewangan 2019, manakala hasil merosot kepada RM563.27 juta daripada RM756.15 juta sebelumnya.

Mengenai prospek pasaran hartanah, Abdul Majit berkata sektor itu dijangka mula pulih pada 2021, dirangsang oleh prospek yang lebih positif bagi ekonomi yang diunjurkan melantun semula kepada antara enam dan 7.5 peratus tahun ini.

"Melangkah ke hadapan, kami optimis sektor pembinaan akan mencatatkan pemulihan pendapatan pada 2021 berikutan rancangan kerajaan untuk memacu ekonomi," katanya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Beli rumah apabila tawaran harga berbaloi dengan keadaan kewangan - Pakar

  • Residential tenancy bill upholds neutral framework, does not discriminate - KPKT

  • Influx of MNCs boost Kuala Lumpur's office market competitiveness: Knight Frank

  • Tropicana mulakan pembangunan berbilion ringgit Lido Waterfront Boulevard di Johor

  • REHDA warns against restrictions on property purchases, citing potential harm to housing market