News & Articles Sunway kembali catat untung

Sunway kembali catat untung


26 Aug 2021
Sunway kembali catat untung
KUALA LUMPUR: Sunway Bhd mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM79 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2021, pemulihan ketara berbanding kerugian sebelum cukai RM900,000 yang direkodkan pada suku sama tahun lalu.

Prestasi memberangsangkan itu berpunca sumbangan lebih tinggi daripada semua segmen perniagaan semasa suku kewangan terbabit.

Kumpulan meraih pendapatan RM967.9 juta bagi suku dikaji, berbanding hanya RM556.6 juta dalam suku sama tahun sebelumnya, peningkatan sebanyak 73.9 peratus.

Sunway dalam kenyataannya berkata, peningkatan keseluruhan prestasi kewangan kumpulan pada suku semasa didorong oleh keupayaan pelbagai perniagaannya menyesuaikan proses untuk terus beroperasi, meskipun pada kapasiti lebih rendah semasa pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa 1 Jun lalu.

"Bagaimanapun, perniagaan hospitaliti dan percutian di bawah segmen pelaburan hartanah terus terkesan oleh pelaksanaan PKP," katanya.

Kumpulan melancarkan dua projek kondominium eksekutif di Singapura pada Februari 2020 dan Januari 2021, yang mendapat sambutan baik serta menerima kadar pembelian yang tinggi.

Berikutan penggunaan MFRS 15, keuntungan itu hanya akan dikira sebaik projek itu siap dan diserahkan.

Keuntungan progresif terkumpul bagi projek terbabit adalah berjumlah RM17.7 juta setakat 30 Jun 2021.

Kumpulan mengisytiharkan dividen tunai peringkat tunggal interim pertama 1.00 sen bagi setiap saham biasa bagi tahun kewangan 31 Disember 2021 dan dividen keutamaan 5.25 peratus setahun.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Strong tourism growth anticipated in Langkawi

  • Bali Escape Kuala Lumpur dibuka suku keempat 2025

  • 76,664 housing credit guarantee applications worth RM17.86bil approved since 2008

  • Pelaburan hartanah komersial Malaysia meningkat

  • Knight Frank: Malaysia's commercial property transactions rising, mirroring global trend