News & Articles Model baharu bantu beli rumah pertama dikaji

Model baharu bantu beli rumah pertama dikaji


3 Nov 2021
Model baharu bantu beli rumah pertama dikaji
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang mengkaji model baharu untuk membantu golongan muda memiliki rumah sendiri khususnya pembelian kali pertama.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, turut diteliti ialah bagaimana Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) yang menerima peruntukan RM2 bilion dalam Bajet 2022 boleh dimanfaatkan untuk membantu hasrat itu.

"Saya sedang melihat model baharu dan cuba meneliti SJKP (yang diperuntukkan) RM2 bilion.

"Bagaimana ia dapat membantu merangsang pemilikan rumah mampu milik oleh golongan muda terutama pembeli kali pertama," katanya kepada BH, hari ini.

Beliau mengulas cadangan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Bhd., Datuk Seri FD Iskandar Mansor supaya kerajaan menimbang secara serius untuk mengembalikan Skim MyHome dengan geran RM30,000 bagi membantu pembeli rumah pertama seperti yang pernah dilaksanakan sebelum ini.

Skim berkenan yang tertakluk kepada rumah berharga sehingga RM500,000 dengan geran hanya boleh diperoleh sekali seumur hidup pernah disediakan dalam bajet negara sebelum ini sebelum dihentikan pada 2017.

Dalam Bajet 2022 yang dibentangkan Jumaat lalu, kerajaan memperuntukan RM2 bilion menerusi SJKP yang juga syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Peruntukan itu memberi galakan dan kemudahan kepada golongan muda yang berpendapatan rendah dan rakyat yang tiada bukti pendapatan tetap untuk membeli rumah.

Reezal Merican yang mengulas peruntukan SJKP pada Sabtu lalu, berkata dengan adanya langkah itu maka ia dapat meningkatkan pemilikan harta atau kekayaan golongan muda kerana nilai rumah yang dibeli ketika usia muda akan meningkat berkali ganda sekali gus merancakkan pasaran hartanah.

"RM2 bilion (yang) disediakan dalam bentuk jaminan adalah untuk memberi peluang peminjam memiliki rumah, selalunya 90 peratus daripada margin pembiayaan (berbentuk pinjaman) sementara 10 peratus lagi kena dapatkan deposit daripada luar.

"Tetapi sekarang ada SJKP untuk memastikan semakan pembiayaan pinajaman dan akan dapat memungkinkan dan menggalakkan anak muda memiliki kediaman pertama," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan kunci rumah kepada 10 pemilik rumah Prima Residensi Pauh Permai di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia

  • Analysts positive on Mah Sing's new Old Klang Road land acquisition

  • Tan: "Don't limit housing purchases"

  • S P Setia lancar Anggun Villa III di Bandar Kinrara, Puchong

  • Neoh: Adopt proactive strategies to preserve long-term value of high-rise properties