News & Articles Banjir: BSN tawar moratorium, pembiayaan peribadi

Banjir: BSN tawar moratorium, pembiayaan peribadi


23 Dec 2021
Banjir: BSN tawar moratorium, pembiayaan peribadi
KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan BSN MyRinggit-i Banjir, pembiayaan peribadi dengan ciri mudah bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh mangsa banjir.

BSN dalam satu kenyataan, berkata skim itu adalah selaras dengan peruntukan dana RM100 juta oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi menangani impak banjir.

"BSN MyRinggit-i Banjir menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM5,000 pada kadar sifar peratus untuk tempoh pembiayaan 3.5 tahun termasuk moratorium (rehat bayaran) enam bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan dan terbuka kepada mangsa banjir di seluruh negara.

"Permohonan ini akan dibuka bermula 27 Disember 2021 secara dalam talian dan proses permohonan akan dimaklumkan sebelum tarikh berkenaan," katanya.

BSN juga turut menawarkan penangguhan ansuran bulanan pembiayaan termasuk kemudahan pembiayaan/pinjaman peribadi, perumahan, sewa beli dan kad kredit untuk pelanggan individu serta pembiayaan/pinjaman kepada perusahaan mikro yang terkesan akibat banjir.

Bantuan itu boleh dimohon melalui e-mel bantuanbanjir@bsn.com.my.

Menurut BSN, selain itu, pengecualian caj diberikan untuk perkhidmatan penggantian Kad Debit dan Kad Kredit BSN yang hilang atau rosak semasa banjir.

"BSN menasihati pelanggan untuk sentiasa menyemak notis pemberitahuan penutupan Cawangan BSN akibat banjir yang dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari www.bsn.com.my atau hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Land in Sungai Pinang for LRT station never intended for housing development, says Chow

  • Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

  • Mah Sing fokus tawar rumah mampu milik di kawasan bandar

  • Data centre bonanza for property sector

  • Property sector to keep thriving in 2025