News & Articles Masalah rumah tidak terjual masih berterusan

Masalah rumah tidak terjual masih berterusan


31 Dec 2021
Masalah rumah tidak terjual masih berterusan
KUALA LUMPUR: Isu rumah tidak terjual terutama membabitkan kediaman bertingkat tinggi dijangka tidak akan reda dalam tempoh terdekat memandangkan jumlahnya yang masih tinggi ketika ini, demikian kata penganalisis.

Bagi tempoh sembilan bulan 2021, unit tidak terjual dalam edaran kekal tinggi dengan menghampiri paras tertinggi dalam sejarah iaitu sekitar 171,000 unit.

Kenanga Research dalam nota penyelidikannya berkata, berdasarkan perangkaan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), ia percaya isu lebihan bekalan bermula pada 2015 apabila kediaman servis mula membanjiri pasaran secara besar-besaran meskipun langkah membendung dilaksanakan bermula 2014.

Ia berkata, unit siap dibina tidak terjual bagi kediaman servis berkembang pada kadar tahunan terkumpul sehingga 77 peratus sejak 2015 sehingga sembilan bulan tahun kewangan semasa 2021.

"Justeru, kami berpendapat bahawa isu yang menekan harga rumah ini tidak mungkin akan reda dalam tempoh terdekat memandangkan jumlah yang besar bagi unit siap tidak terjual dan unit dalam pembinaan tidak terjual masih ada dalam edaran hari ini," katanya.

Kenanga Research berkata, sebahagian besar unit siap tidak terjual dan unit dalam pembinaan tidak terjual adalah daripada kediaman membabitkan unit kondominium atau apartmen.

Justeru, katanya, isu lebihan bekalan terutama berkisar kepada pembangunan bertingkat tinggi.

Mengenai prospek sektor hartanah, Kenanga Research berkata, sektor itu masih dibelenggu dengan isu mampu milik, dasar dan lebihan bekalan.

Ia berkata, sektor hartanah masih kekurangan keterlihatan dan pertumbuhan pendapatan yang mampan untuk mewajarkan penilaian semula dalam penilaian.

"Walaupun jumlah jualan yang dilaporkan oleh pemaju secara amnya baik setakat ini bagi tahun ini, kami percaya ia akan menjadi semakin sukar untuk memacu jualan pada tahun kewangan 2022 memandangkan ketiadaan diskaun Kempen Pemilikan Rumah (HOC), dan jangkaan kenaikan kadar faedah di samping isu lebihan bekalan yang berterusan.

"Unit tidak terjual yang tinggi dalam edaran dan Indeks Harga Rumah (HPI) yang merosot ialah petunjuk bahawa pemaju akan semakin mencabar untuk memacu jualan dan mengekalkan margin," katanya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Land in Sungai Pinang for LRT station never intended for housing development, says Chow

  • Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

  • Mah Sing fokus tawar rumah mampu milik di kawasan bandar

  • Data centre bonanza for property sector

  • Property sector to keep thriving in 2025