News & Articles Mahkamah Bermuda arah pembubaran Genting HK, Dream Cruises

Mahkamah Bermuda arah pembubaran Genting HK, Dream Cruises


12 Oct 2022
Mahkamah Bermuda arah pembubaran Genting HK, Dream Cruises
KUALA LUMPUR: Mahkamah Bermuda pada 7 Oktober lalu mengarahkan Genting Hong Kong Ltd (Genting HK) dan anak syarikat tidak langsung bukan milik penuhnya, Dream Cruises Holding Ltd dibubarkan.

Perintah itu adalah sebahagian daripada rancangan pembubaran kumpulan perkapalan itu dalam usahanya menangani impak sekatar pergerakan global disebabkan pandemik COVID-19 yang bermula awal 2020.

Dalam makluman kepada Bursa Saham Hong Kong (HKEX), wakil daripada Alvarez & Marsal mengumumkan bagi pihak kumpulan bahawa Genting HK dan Dream Cruises diarahkan bubar oleh Mahkamah Bermuda mengikut Seksyen 161 Akta Syarikat.

Genting HK menangguhkan Laporan Audit Tahunan 2021 sejak 7 Jun lalu selain Laporan Interim 2022 bagi enam bulan pertama 2022.

"Pengumuman selanjutnya akan dibuat oleh syarikat seandainya ada perkembangan material mengenai pembubaran Genting HK dan Dream Cruises ketika dan apabila sewajarnya," kata makluman yang dibuat oleh wakil kumpulan itu.

Edward Middleton dan Tiffany Wong Wing-sze dari Alvarez & Marsal Asia, serta Edward Whittaker dari R&H Services akan terus menjadi pembubar sementara bersama Genting HK dan Dream Cruises, tambahnya.

Januari lalu, Genting HK memfailkan pembubaran sementara apabila gagal mendapatkan dana untuk membolehkannya terus beroperasi selepas anak syarikat perkapalannya di Jerman bankrap.

Pengendali kapal persiaran yang bermasalah itu merancang untuk memfailkan pembubaran sementara dengan mahkamah di Bermuda melainkan ia menerima cadangan penyelesaian penstrukturan semula yang solven, dimuafakati dan saling bersyarat.

Anak syarikat milik tidak langsung pembinaan kapal Genting HK, MV Werften, sebelum itu memfailkan bankrap di sebuah mahkamah tempatan Jerman.

Langkah itu dibuat selepas rundingan menemui jalan buntu di tengah-tengah pertikaian antara pihak berkuasa Jerman dengan Genting, apabila kedua-dua pihak saling menyalahkan antara satu sama lain di atas keruntuhan MV Werften dan potensi 1,900 orang kehilangan kerja.

Kedudukan kewangan Genting HK merosot selepas COVID-19 menjejaskan permintaan perjalanan dan operasi kapal pelayaran di seluruh dunia terhenti.

Ia menyebabkan industri itu melaksanakan beberapa penstrukturan semula dan insolvensi.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Don’t Miss NCM Co’s July 2025 Auction Carnival

  • Strata Sense: Demystifying strata living

  • MTD Properties lancar perbandaran bernilai RM1 bilion di Kajang, Melaka

  • PJ’S NEW ICON: A Walkable City, A Prestigious Address

  • Mah Sing rekod jualan hartanah RM1.01 bilion dalam lima bulan