News & Articles Kenaikan OPR sejak setahun lalu dijangka jejas permintaan rumah

Kenaikan OPR sejak setahun lalu dijangka jejas permintaan rumah


15 May 2023
Kenaikan OPR sejak setahun lalu dijangka jejas permintaan rumah
KUALA LUMPUR: Peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) secara beransur-ansur sejak Mei 2022 dijangka memberi kesan kepada aktiviti pasaran hartanah, khususnya dari segi permintaan kediaman.

Di samping itu, prospek tenaga kerja di sektor pembinaan dan kenaikan harga bahan binaan akan turut memberi kesan kepada penawaran.

Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan, Sr Abdul Razak Yusak, berkata perkembangan ekonomi dan kewangan negara adalah faktor dalaman yang akan memberi kesan kepada sektor hartanah dan sentimen penggiat industri di samping faktor luaran seperti situasi kewangan dan ekonomi global.

Beliau berkata, melihat kepada ekonomi negara yang dianjurkan berkembang sebanyak 4.0 peratus hingga 5.0 peratus pada 2023 disokong oleh prospek pertumbuhan dalam negeri yang terus berdaya tahan, pasaran hartanah dijangka kekal optimistik dengan berhati-hati.

"Harga kediaman kekal dengan pertumbuhan marginal Indeks Harga Rumah Malaysia (IHRM) berada di 210.1 mata (RM453,365 seunit) pada suku pertama 2023 dengan pertumbuhan tahunan marginal dua peratus.

"Pertumbuhan yang direkodkan di kesemua negeri kecuali Sarawak, antara 0.4 peratus hingga 5.8 peratus, telah menstabilkan indeks harga rumah keseluruhan," katanya ketika pengumuman data pasaran hartanah Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) suku pertama 2023 secara maya, hari ini.

peratus dan 0.2 peratus.

Aktiviti pasaran hartanah merekodkan penurunan sebanyak 5.7 peratus pada tiga bulan pertama tahun ini dengan hanya merekodkan sekitar 89,000 transaksi bernilai RM42.31 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu.

Abdul Razak berkata, faktor bermusim dalam pembelian rumah yang lazimnya rendah semasa awal tahun, kenaikan OPR serta penurunan Indeks Sentimen Pengguna (CSI) adalah antara faktor yang menyumbang kepada penurunan aktiviti pasaran hartanah terutamanya kediaman.

Beliau bagaimanapun berkata, bilangan transaksi yang direkodkan pada suku pertama 2023 adalah lebih tinggi berbanding beberapa tahun lalu ketika pandemik COVID-19.

"Kediaman dalam lingkungan harga RM300,000 dan ke bawah merekodkan 29,560 (54.8 peratus)

bilangan transaksi, diikuti RM300,001 hingga RM500,000 sebanyak 13,325 (24.7 peratus) dan

RM500,001 dan ke atas sebanyak 11,038 (20.5 peratus) transaksi," katanya.

Abdul Razak berkata, pemaju hartanah juga turut mengambil langkah berhati-hati dalam melancarkan projek kediaman baharu.

Beliau berkata, bilangan pelancaran baharu merekodkan hampir 4,700 unit, rendah berbanding tempoh beberapa tahun lalu.

"Penurunan pelancaran baharu ini adalah seiring dengan penurunan jumlah lesen pemaju, permit dan iklan jualan perumahan baharu serta pembaharuan yang diluluskan oleh Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan daripada 5,641 lesen (Januari dan Februari 2022) kepada 2,911 lesen (Januari dan Februari 2023)," katanya.

Abdul Razak berkata, dari segi negeri, Johor mencatat jumlah pelancaran baharu tertinggi negara sebanyak 2,077 unit iaitu kira kira 45 peratus daripada jumlah seluruh negara, dengan prestasi jualan 24.9 peratus.

Beliau berkata, ia diikuti oleh Selangor (791 unit, 17.0 peratus) dengan prestasi jualan pada

37.0 peratus.

Katanya, pelancaran baharu berharga RM300,000 dan ke bawah berjumlah 1,193 unit (25.6 peratus)

mencatat prestasi jualan 20.2 peratus (242 unit) manakala RM500,000 dan ke atas berjumlah 1,986 unit (42.6 peratus) merekodkan prestasi jualan lebih baik iaitu hampir 54 peratus.

"Malah sejajar dengan sentimen berhati-hati di kalangan pemaju, aktiviti pembinaan perlahan

pada suku dikaji.

"Bilangan unit kediaman siap dibina, mula dibina dan baru dirancang masing masing menurun 25.4 peratus (9,911 unit), 14.5 peratus (19,861 unit) dan 22.6 peratus (12,989 unit) berbanding suku sama tahun lalu.

"Sektor pangsapuri khidmat juga menyaksikan trend aktiviti pembinaan yang sama. Bilangan

siap dibina, mula dibina dan baru dirancang masing-masing menurun 60.3 peratus (3,218 unit),

51.8 peratus (1,716 unit) dan 58.8 peratus (1,645 unit).

"Ini dilihat sebagai satu yang positif bagi mengimbangi penawaran yang masih belum terjual di pasaran," katanya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline

  • Kerjaya Prospek, Aspen Vision bangun tanah 33.52 hektar di Pulau Pinang

  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia