Bangsar Heights Pavilion: Pelaburan hartanah tahan kemelesetan ekonomi
KUALA LUMPUR: Hartanah yang dimajukan Bangsar Heights Pavilion (BHP) memiliki daya tahan dalam mendepani kemelesetan ekonomi dan menyediakan nilai jangka panjang kepada pelabur.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aaron Yap, berkata anak syarikat Bangsar Heights Group itu memastikan pengurusan hartanah yang profesional dan aliran pendapatan sewa yang konsisten dengan fasa 'retreat' bertindak sebagai penampan yang melindungi pelaburan daripada turun naik pasaran dan menyediakan jaringan keselamatan semasa kelembapan ekonomi.
Bagaimanapun, dalam tempoh pertumbuhan, lokasi strategik BHP dan hartanah permintaan tingginya membolehkan pelaburnya memanfaatkan peningkatan pasaran.
"Maju untuk Menyerang, Berundur untuk Mempertahankan fasa strategi pelaburan membolehkan pelabur memaksimumkan pulangan dan mencapai matlamat pelaburan jangka panjang. Projek pembangunan BHP menawarkan tawaran nilai yang menarik untuk pelabur jangka panjang disebabkan dua fasa utama ini.
"Hartanah BHP dibangunkan untuk meraih kejayaan jangka panjang. Dengan menggabungkan aliran hasil yang pelbagai, seperti kedai-kedai butik serta ruang makan dan minimum (F&B) yang diletakkan secara strategik, ia memberi insentif kepada peningkatan dan pengubahsuaian hartanah yang berterusan.
"Ini memastikan hartanah anda kekal moden, menarik kepada penyewa dan berprestasi tinggi, seterusnya meningkatkan cadangan nilainya serta potensi peningkatan modal jangka panjang," katanya kepada BH.
Yap berkata, perbandingan jelas antara BHP dan pemaju hartanah lain adalah kuasa kerjasama yang diterapkan dengan jenama hospitaliti terkemuka di peringkat global untuk projek pembangunannya.
"Perkongsian strategik ini memastikan perkhidmatan yang luar biasa, kemudahan moden dan menjanjikan kepuasan penduduk atau tetamu. Semua yang kita lakukan didorong oleh usaha mengejar kecemerlangan tanpa henti.
"Projek kami dirancang dengan teliti, dilaksanakan dengan ketepatan dan direka untuk memberikan nilai yang luar biasa untuk pelabur kami. Dengan menggabungkan elemen ini, BHP berusaha untuk menjadi peneraju dalam pembangunan hartanah kelas atasan Malaysia," katanya.
Antara jenama hospitaliti terkemuka yang menjalinkan kerjasama dengan BHP termasuk Oakwood by Ascott (kediaman servis) dan Hyatt Place yang diuruskan oleh Hyatt Hotels Corporation (hotel).
Beliau menjelaskan, kerjasama dengan dua jenama hospitaliti terkemuka itu yang memiliki reputasi dan rekod prestasi terbukti akan memainkan peranan penting dalam meletakkan Quayside JBCC sebagai destinasi utama di Johor Bahru.
"Melalui perkongsian strategik dengan jenama hospitaliti terkenal di peringkat global seperti Oakwood by Ascott dan Hyatt Hotels Corporation, kami memadankan aspirasi pelaburan anda dengan teliti dengan jenis hartanah yang sempurna dalam portfolio anda.
"Kami juga memanfaatkan pasaran modal untuk meningkatkan nilai masa depan untuk pelabur. Dengan hubungan bersama jenama hospitaliti yang diiktiraf di peringkat global, kami mewujudkan sinergi yang menggandakan cadangan nilai, yang membawa kepada pertumbuhan yang mampan dan peningkatan modal dari semasa ke semasa," katanya.
Mengulas mengenai pertumbuhan masa hadapan, Yap berkata, meskipun tumpuan syarikat adalah untuk memastikan kejayaan Quayside JBCC, BHP juga memiliki perancangan strategik ke atas simpanan tanahnya yang besar di kawasan pertumbuhan utama di seluruh Malaysia.
Ia termasuk Bukit Ceylon (Bukit Bintang); Jalan Yap Kwan Seng (KLCC); Jalan Raja Chulan (KLCC); Mont' Kiara (Kuala Lumpur), Bukit Chagar (JB City Centre); dan Bandar Tebrau (Johor Bahru).
"Lokasi utama ini meletakkan kami untuk memanfaatkan pasaran hartanah Malaysia yang sedang berkembang," katanya.
Source: Bharian.com.my