News & Articles RHB Bank bayar dividen tertinggi dalam sejarah

RHB Bank bayar dividen tertinggi dalam sejarah


28 Apr 2022
RHB Bank bayar dividen tertinggi dalam sejarah
KUALA LUMPUR: RHB Bank Bhd mengisytiharkan dividen berjumlah 40 sen sesaham atau hasil dividen sebanyak 7.4 peratus dan nisbah pembayaran sebanyak 62.9 peratus untuk tahun kewangan 2021, bayaran tertinggi bagi kumpulan perbankan itu.

Pengerusi RHB Banking Group, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata pihaknya berbesar hati mengumumkan bahawa dividen akhir sebanyak 25 sen sesaham, ia diluluskan oleh pemegang saham yang terdiri daripada pembayaran tunai sebanyak 15 sen sesaham dan bahagian boleh pilih di bawah Pelan Pelaburan Semula Dividen sebanyak 10 sen sesaham manakala dividen interimnya sebanyak 15 sen sesaham.

"Kami telah mencapai kemajuan ketara dengan mengharungi satu lagi tahun yang mencabar. Kami amat menghargai kesetiaan, kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh pemegang saham, pelanggan dan pekerja kami," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, beliau berkata pelbagai program bantuan kewangan telah ditawarkan kepada pelanggannya dengan jumlah kira-kira RM47.4 bilion di bawah bantuan bayaran balik yang memanfaatkan lebih 312,000 pelanggan runcit dan lebih 7,000 pelanggan dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana setakat 31 Disember, 2021.

"Pada masa yang sama, kami telah menyalurkan bantuan yang amat diperlukan kepada masyarakat setempat, di mana RM9.1 juta disumbangkan untuk usaha berkaitan bantuan COVID-19, program pemerkasaan komuniti, program kecemerlangan akademik untuk belia daripada golongan B40 dan bantuan kemanusiaan," katanya.

Kumpulan perbankan itu mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM2.62 bilion pada 31 Disember 2021, mempamerkan kedudukan modal dan mudah tunai yang kukuh dalam persekitaran cabaran disebabkan pandemik COVID-19.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • States With Suitable Land Can Offer Them To KPKT For PRR Development

  • Bantu pembeli, kembalikan semula Kempen Pemilikan Rumah

  • 2025 Budget: Reintroducting HOC could strengthen the property sector

  • Bandar Rimbawan projek terbaharu LBS di Genting Highlands

  • BRDB buys Selangor Properties’ prime Jalan Semantan land